Aliran trafik ke Lembah Klang dari utara, timur masih sesak, terkawal dari arah selatan

Aliran trafik ke Lembah Klang dari utara, timur masih sesak, terkawal dari arah selatan

Kesesakan dari arah utara menuju ke Lembah Klang berlaku di Bertam menuju ke Plaza Tol Sungai Dua, dari Permatang Pauh ke Seberang Jaya dan Juru ke Plaza Tol Juru.

Kesesakan dijangka berlarutan sehingga lewat malam dan pengguna dinasihati merancang perjalanan mereka terlebih dahulu, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia.
KUALA LUMPUR:
Aliran trafik menghala ke Lembah Klang dari utara dan timur masih sesak setakat tengah hari ini berikutan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Hari Raya.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan dari arah utara menuju ke Lembah Klang berlaku di Bertam menuju ke Plaza Tol Sungai Dua, dari Permatang Pauh ke Seberang Jaya dan Juru ke Plaza Tol Juru.

“Selain itu kesesakan juga dilaporkan berlaku di Bukit Tambun menuju ke Bandar Cassia, Alor Pongsu ke Bukit Merah, Changkat Jering ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak sehingga ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Bidor ke Slim River,” katanya kepada Bernama.

Menurut jurucakap itu, bagi aliran trafik dari Pantai Timur pula, kesesakan berlaku di Bentong menuju ke Plaza Tol Bentong dan selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.

Bagaimanapun katanya, aliran trafik dari arah selatan ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal berikutan kesesakan hanya dilaporkan berlaku di Sedenak menuju ke Simpang Renggam.

“LLM menjangkakan kesesakan akan berlarutan sehingga lewat malam dan pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mereka terlebih dahulu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.