PAS sentiasa terbuka terus kerjasama dengan Umno

PAS sentiasa terbuka terus kerjasama dengan Umno

Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak khianat kepada Umno dan kekal menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Keterbukaan PAS adalah bagi menjaga kepentingan ummah dan menghalang Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
PAS sentiasa terbuka untuk meneruskan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN), pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, PAS bukan sahaja sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan Umno, bahkan dengan semua parti politik yang mengutamakan orang Melayu dan agama Islam, sekali gus bertepatan dengan matlamat utama perjuangannya.

Amar berkata, keterbukaan PAS adalah bagi menjaga kepentingan ummah dan menghalang Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan.

“Sekarang PAS masih terbuka untuk bersama dengan Umno sekiranya Umno boleh menilai semula pendiriannya sebelum ini dan kembali bekerjasama dengan PAS, kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Umno.

Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

“Malah, apabila Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri pun, kita tidak menarik sokongan. Kalau kita mahu khianati Umno, ketika inilah kita nak tarik sokongan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Timbalan menteri besar Kelantan itu, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi bahawa kerjasama parti tersebut dengan PAS melalui MN perlu dilupakan, pada PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.