
Salah seorang mangsa dikenali sebagai Mohamad Afiq Karim, 25, manakala seorang lagi, seorang penumpang lelaki dewasa, masih belum dikenal pasti, menurut Komander Pasukan Keluaran Operasi Affendi Mustafar.
Katanya, mangsa yang tersepit dalam Proton Satria dinaiki terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.
Sementara itu, katanya, pemandu lori dikenali sebagai Muhammad Hishamuddin Hussin, 23 tahun cedera manakala empat penumpangnya selamat.
Katanya, pemandu sebuah lagi kenderaan terbabit, sebuah Perodua Kembara, dikenali sebagai Mohd Talib Ramli, 56, turut mengalami kecederaan.
“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan lanjut,” katanya yang memaklumkan operasi tamat pada 9.08 malam.