Shahidan kembali terajui KOM dengan majoriti 4 undi

Shahidan kembali terajui KOM dengan majoriti 4 undi

Shahidan Kassim mendapat 20 undi berbanding S M Muthu yang meraih 16 undi.

S M Muthu mengucapkan tahniah kepada Shahidan Kassim, selepas tewas dalam pertandingan satu lawan satu jawatan presiden Kesatuan Olahraga Malaysia.
PETALING JAYA:
Shahidan Kassim kembali memimpin Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas menewaskan penyandang, S M Muthu dalam pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2022/2025.

Beliau yang mendapat 20 undi, memenangi pertandingan satu lawan satu itu dengan kelebihan empat undi, dalam mesyuarat agung tahunan KOM yang dihadiri 36 perwakilan.

Shahidan yang juga menteri Wilayah Persekutuan, pernah menerajui KOM dari 2008 hingga 2012.

Jawatan nombor dua pula dimenangi Fadzil A Bakar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.