Polis tahan lelaki disyaki serang Exco P Pinang

Polis tahan lelaki disyaki serang Exco P Pinang

Jagdeep Singh Deo mengalami patah pergelangan kaki kiri selepas seorang lelaki warga asing tidak dikenali menolaknya di sebuah restoran di Tanjung Bungah, pada Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo, kini dirawat di hospital swasta di George Town.
GEORGE TOWN:
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo, cedera dipercayai akibat diserang dalam kejadian, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan suspek kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Ya, saya sahkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu,” katanya namun enggan mengulas lanjut berhubung kes itu kerana dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, dalam kejadian 8.30 malam itu, Jagdeep berada di sebuah restoran di Tanjung Bungah apabila seorang lelaki dipercayai warga asing tidak dikenali menghampirinya dan kemudian menolaknya sehingga terjatuh.

Susulan kejadian, ahli politik berusia 51 tahun itu mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta, di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.