Lelaki kurang siuman ceroboh gereja ditahan

Lelaki kurang siuman ceroboh gereja ditahan

Lelaki berusia 34 tahun ditahan dan dibawa ke IPD Keningau untuk siasatan lanjut.

Polis menahan lelaki dipercayai kurang siuman yang menceroboh Gereja Katedral St Francis Xavier di Keningau pagi tadi.
PETALING JAYA:
Individu yang menceroboh sebuah gereja katolik di Keningau, pagi tadi, dipercayai lelaki kurang siuman.

Ketua Polis Keningau, Nor Rafidah Kasim, berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi, lelaki terbabit turut dilaporkan merosakkan patung serta salib milik Gereja Katedral St Francis Xavier.

Rafidah berkata, siasatan mendapati gereja itu berpagar tetapi tidak berkunci dan sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak berfungsi.

Katanya, ujian saringan air kencing dijalankan terhadap suspek didapati negatif sebarang unsur dadah.

Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi tadi lelaki terbabit turut dilaporkan merosakkan patung serta salib milik Gereja Katedral St Francis Xavier. (Gambar Facebook)

“Suspek dan barang rampasan sudah dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Keuskupan Keningau dalam kenyataan meminta orang awam tidak membuat andaian dan spekulasi berhubung kejadian itu.

“Orang awam diharapkan bersabar dan berhenti membuat spekulasi serta andaian tidak tepat berhubung insiden ini kerana pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.