Kerajaan perlu sasar subsidi berasas pendapatan boleh belanja, kata Rafizi

Kerajaan perlu sasar subsidi berasas pendapatan boleh belanja, kata Rafizi

Rafizi Ramli berkata klasifikasi pendapatan isi rumah mempunyai beberapa kelemahan utama.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata walaupun klasifikasi pendapatan isi rumah seperti B40 dan M40 membolehkan pelaksanaan lebih pantas namun ia mempunyai beberapa kelemahan.
PETALING JAYA:
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa menteri kewangan menjelaskan sama ada klasifikasi pendapatan isi rumah akan digunakan untuk menentukan siapa akan menerima subsidi yang disasarkan.

Beliau berkata, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz membuat beberapa kenyataan yang menunjukkan kerajaan cenderung untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu menyasarkan subsidi berasaskan pendapatan boleh belanja dan bukannya klasifikasi pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20.

“Kita perlu memansuhkan berdasarkan penggunaan had pendapatan B40, M40 dan T20, sebaliknya memperkenalkan pendekatan berdasarkan pendapatan boleh belanja, dengan mengambil kira pendapatan, perbelanjaan dan bilangan tanggungan dalam setiap isi rumah,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi berkata, walaupun menggunakan klasifikasi pendapatan isi rumah untuk menentukan penerima kebajikan dan subsidi adalah lebih mudah dan dibenarkan untuk pelaksanaan lebih pantas, ia mempunyai beberapa kelemahan utama.

“Ia berasaskan kepada pendapatan semata-mata dan tidak mengambil kira faktor perbelanjaan sara hidup dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah isi rumah. Faktor perbelanjaan sara hidup melibatkan jumlah isi rumah.

Beliau berkata, apabila had pendapatan ditentukan secara statistik semata-mata, ia tidak menterjemahkan situasi sebenar kesukaran ekonomi setiap keluarga.

“Contohnya, hanya kerana had atas “upper cut-off point” B40 adalah RM4,850 sebulan, semua keluarga yang berpendapatan RM4,851 ke atas dikategorikan sebagai tidak layak untuk menerima subsidi sedangkan kepayahan yang dialami sama dengan keluarga berpendapatan RM4,850 sebulan.

“Saya akan menghuraikan cadangan ini dengan lebih terperinci dalam kenyataan media akan datang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.