Amirudin ketua PKR Pahang, Nik Nazmi ketua PKR Terengganu, Kelantan

Amirudin ketua PKR Pahang, Nik Nazmi ketua PKR Terengganu, Kelantan

Amirudin Shari dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengepalai PKR di dua negeri serentak selepas Rafizi Ramli di Wilayah Persekutuan dan Johor serta Aminuddin Harun di Negeri Sembilan dan Melaka.

Amirudin Shari dilantik sebagai ketua PKR Pahang selepas Selangor, manakala Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai ketua di Terengganu dan Kelantan.
KUALA LUMPUR:
PKR hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sebagai ketua parti itu di Pahang, bagi penggal 2022-2025.

Presidennya, Anwar Ibrahim dalam muat naik di laman Facebooknya turut memaklumkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai ketua PKR Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, pelantikan itu dibuat selepas berbincang dengan ketua bahagian negeri terbabit dan mencapai persetujuan sebulat suara.

Baru-Baru ini, Amirudin dilantik sebagai ketua PKR Selangor

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan ketua PKR di empat negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak belum dilantik.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan pelantikan ketua Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka.

Terdahulu, pengerusi Pakatan Harapan itu melantik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengetuai Wilayah Persekutuan dan Johor, naib presidennya, Aminuddin Harun sebagai ketua di Negeri Sembilan dan Melaka, selain pelantikan Roland Engan sebagai ketua PKR Sarawak dan Dr Sangkar Rasam sebagai ketua PKR Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.