Kertas siasatan kes ahli politik toreh tangan diserah kepada TPR

Kertas siasatan kes ahli politik toreh tangan diserah kepada TPR

Polis berkata suspek sebelum ini ditahan sejak tengah malam Sabtu bagi membantu siasatan kes.

Pada Jumaat seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun luka di pergelangan tangan kiri selepas ditoreh suspek dalam kejadian di Jalan Ipoh.
KUALA LUMPUR:
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes melibatkan seorang ahli politik dipercayai mencederakan individu yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atasnya.

Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, berkata kertas siasatan kes berkenaan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (menyebabkan cedera menggunakan senjata atau benda Berbahaya).

“Kita telah serahkan kertas siasatan pagi tadi dan sedang menunggu bila individu ini akan dituduh,” katanya ketika dihubungi.

Beh berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan sejak tengah malam Sabtu bagi membantu siasatan kes.

Pada Jumaat, seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun luka di pergelangan tangan kiri dengan kedalaman 3cm selepas ditoreh oleh suspek pada 4 petang di Jalan Ipoh, di sini.

Siasat polis mendapati kejadian berlaku akibat perselisihan faham berikutan mangsa telah membuat aduan berhubung kesalahan penyelewengan wang suspek kepada SPRM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.