2 maut, 2 cedera dalam nahas di Sibu

2 maut, 2 cedera dalam nahas di Sibu

Menurut bomba, kemalangan awal pagi tadi melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Ulu Oya.

Kedua-dua mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang kenderaan, kata pihak bomba. (Gambar Facebook)
SIBU:
Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Ulu Oya di sini, kira-kira 13 kilometer dari pusat bandar awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 2.15 pagi tadi.

Menurutnya, dalam kenderaan pertama seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan penumpang di bahagian belakang maut, manakala seorang pemandu lelaki cedera parah.

“Seorang penumpang wanita yang duduk di kerusi penumpang depan berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sibu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu sebuah lagi kenderaan terlibat tidak mengalami kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.