
Beliau yang juga menteri sumber manusia berkata ini kerana pengundi di Tapah mengetahui jasa dan bantuan yang diberikannya selama beliau menyandang kerusi berkenaan.
“Kalau pergi tempat lain orang tidak tahu jasa saya, orang Tapah tahu apa saya buat semasa Covid-19 dan siapa yang memberikan bantuan.
“Selagi orang Tapah ada (mahukan saya), saya akan ambil kerusi Tapah tetapi itu pun atas persetujuan presiden parti,” katanya pada sidang media Konvensyen Rumah Ibadat Hindu Negeri Perak di sini hari ini.
Sebelum ini Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed bahawa MIC diminta melaksanakan sistem ‘barter trade’ atau pertukaran sekiranya parti berkenaan mahu bertanding di Parlimen Pulai pada PRU15.
Nur Jazlan yang juga ketua Umno Bahagian Pulai dilapor berkata MIC perlu menyerahkan dan memberi laluan kepada Umno, kerana yakin BN akan memperoleh kemenangan di Parlimen Tapah pada PRU15 sekiranya calon Umno diletakkan di kerusi berkenaan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.
Dalam pada itu, Saravanan yang juga timbalan presiden MIC bagaimanapun berkata penentuan untuk pengagihan kerusi adalah hak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi, dan menyerahkan keputusan pembahagian tersebut kepada pucuk pimpinan parti.