
“PRU15 kemungkinan tidak dilaksanakan tahun ini kerana kesuntukkan masa dan beberapa negeri bawah pimpinan PAS dan Pakatan Harapan tidak menyokong pembubaran itu,” katanya pada sidang media di Persidangan Perwakilan Gerakan Pulau Pinang.
Lau berkata, mengambil kira kepentingan PRU15 kepada Gerakan, parti itu mahu mengelak mengulangi “kelemahan” dan berikrar akan memperkuatkan parti.
Dalam pada itu, Ketua Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, sudah mengemukakan kepada Jawatankuasa Pusat parti agar membuat pertimbangan membenarkan logo Gerakan digunakan pada PRU15, di negeri itu.
“Ini kerana ramai rakyat Pulau Pinang berpendapat kami masih lagi dalam Barisan Nasional (BN). Bendera PN (Perikatan Nasional) dan agak sama jadi ia juga boleh menjadi punca penolakan rakyat terhadap kami pada PRU15 nanti,” katanya.
Lau sebelum ini menyatakan akan mempertimbang cadangan Gerakan Pulau Pinang itu untuk menggunakan bendera parti sendiri di negeri berkenaan.
“Resolusi negeri Pulau Pinang ini akan dibawa dan dibincang oleh Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat,” katanya.