Pemandu lori maut, 7 polis parah nahas di Rembau

Pemandu lori maut, 7 polis parah nahas di Rembau

Kemalangan membabitkan sebuah van polis Johor Bahru Utara, dua kenderaan lain dan sebuah lori.

Seorang pemandu lori maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di KM225 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) di Rembau, petang tadi. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM225 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di Rembau.

Dalam kejadian 3.40 petang, nahas membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bahru Utara, dua kenderaan lain dan sebuah lori.

Ketua Polis Rembau, Hazri Mohamad, berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian.

“Daripada maklumat awal, kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bahru Utara, sebuah lori dan dua kenderaan lain.

“Tujuh anggota polis mengalami kecederaan parah, manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.