1,453 kes baharu Covid-19, 2 kematian

1,453 kes baharu Covid-19, 2 kematian

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 1,445 kes penularan tempatan dan lapan kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,854,976 kes dan 36,400 kematian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,453 kes semalam, berbanding 1,627 kelmarin, dengan dua kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri 1,445 kes penularan tempatan dan lapan kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,854,976 kes dan 36,400 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 22,772 kes aktif Covid-19, termasuk 37 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 22 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 967 orang atau 4.2% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,800 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.