Malaysia catat kelahiran terendah dalam tempoh sedekad

Malaysia catat kelahiran terendah dalam tempoh sedekad

Jabatan Perangkaan berkata jumlah kematian pada 2021 (224,569) pula berada pada paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Malaysia mencatatkan 439,744 kelahiran tahun lalu, penurunan 6.7% berbanding jumlah pada 2020.
PETALING JAYA:
Malaysia mencatatkan 439,744 kelahiran tahun lalu, terendah dalam tempoh sedekad.

Ia adalah penurunan 6.7% daripada 471,504 kelahiran dicatatkan pada 2020, kata Jabatan Perangkaan.

Dalam kenyataan, jabatan itu berkata kadar kelahiran kasar Malaysia menurun daripada 14.5 bagi setiap 1,000 penduduk pada 2020 kepada 13.5 tahun lalu.

Ia berkata bahawa kesuburan, seperti yang diukur dengan Kadar Kesuburan Jumlah (TFR), telah “menurun dengan ketara” dalam tempoh lima dekad lalu.

TFR menurun daripada 4.9 kanak-kanak bagi setiap wanita dalam usia subur pada 1970 kepada 1.7 pada 2021, katanya.

TFR ialah petunjuk demografi yang digunakan untuk menganggarkan purata bilangan kanak-kanak yang akan dimiliki oleh wanita sepanjang tahun melahirkan anak.

Jabatan itu menyatakan bahawa TFR untuk semua kumpulan etnik utama telah merosot dari 2011 hingga 2021.

“TFR untuk semua kumpulan etnik, kecuali Melayu berada di bawah paras penggantian. Paras TFR tertinggi direkodkan oleh Melayu dengan 2.2 bayi manakala Cina mencatatkan TFR terendah iaitu 0.8 bayi bagi setiap wanita berumur 15 hingga 49 tahun,” katanya.

Ia juga berkata jumlah kematian pada 2021 (224,569) berada pada paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Ia juga meningkat 34.5% jika dibandingkan dengan 166,970 kematian pada 2020, dengan lonjakan itu disebabkan oleh peningkatan jumlah kematian berlebihan semasa pandemik Covid-19 tahun lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.