Umno Selangor yakin menang lawan PH, PN, kata Noh

Umno Selangor yakin menang lawan PH, PN, kata Noh

Ketua Umno Selangor Noh Omar yakin partinya menerusi BN dapat memenangi lebih kerusi berbanding dimenangi pada PRU14.

Umno Selangor yakin dapat menumpaskan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam saingan tiga penjuru di negeri itu. (Gambar Bernama)
TANJUNG KARANG:
Umno Selangor menerusi Barisan Nasional (BN) yakin mampu menang dalam persaingan tiga penjuru menentang Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional di negeri itu pada PRU15.

Ketuanya Noh Omar berkata walaupun Selangor memberi cabaran kepada parti itu untuk mencapai kemenangan memandangkan jumlah pengundinya yang ramai, namun beliau yakin Umno menerusi BN dapat memenangi lebih kerusi berbanding yang dimenangi parti itu pada PRU14.

“Saya tidak perlu umumlah (berapa kerusi dijangka menang), tapi lebih daripada PRU14,” katanya kepada media pada mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjung Karang.

Noh juga meluahkan rasa kecewa dengan keputusan PAS untuk menguburkan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN), sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan PN.

“Bayangkan kalau kami boleh bersama, saya yakin kekuatan kami. Kami sentiasa mahukan penyatuan ummah, tetapi apa yang berlaku memaksa kami untuk bergerak solo,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan Khamis, membuat ketetapan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU15.

Keputusan PAS itu sekali gus melanggar syarat ditetapkan Umno iaitu parti tersebut perlu meninggalkan Bersatu jika mereka mahu kekal bekerjasama dalam MN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.