
Hamzah, setiausaha agung gabungan itu berkata, keputusan kerjasama dengan Pejuang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan semudah itu untuk dibuat.
“Jika Bersatu kata sedia, bermakna perlu dibawa ke mesyuarat tertinggi, kemudian kena bincangkan bersama dalam gabungan parti PN.
“Bukan mudah setuju (setakat) kata boleh. Kita ada rakan-rakan dalam gabungan,” katanya pada sidang media di Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.
Minggu lepas, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata beliau sedia mempertimbangkan kerjasama dengan Pejuang menjelang PRU15 jika parti itu serius.
Beliau kemudian berkata akan mendapatkan pandangan pimpinan parti komponen sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama politik baharu
Dalam pada itu, Hamzah berkata hari ini, pembahagian kerusi dalam PN masih belum dimuktamadkan.
“Kita perlu tengok secara menyeluruh,” katanya.