Baru Bian beralih angin ke Lawas pada PRU15

Baru Bian beralih angin ke Lawas pada PRU15

Setiausaha Agung Parti Sarawak Bersatu, Baru Bian mahu mempertahankan kerusi Selangau, tetapi memutuskan untuk berpindah ke Lawas.

Baru Bian memenangi kerusi Selangau pada PRU14 atas tiket PKR.
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian akan bertanding di Parlimen Lawas pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden PSB, Wong Soon Koh berkata, Baru tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Selangau yang dimenanginya pada PRU14 atas tiket PKR.

Baru meninggalkan PKR untuk menjadi wakil rakyat bebas selepas Langkah Sheraton.

“Baru mahu mempertahankan kerusi Selangau, tetapi beliau memutuskan untuk berpindah ke Lawas.

“Kami sedang mencari calon untuk bertanding di Selangau, tetapi ia belum muktamad lagi,” katanya menurut laporan Malay Mail.

Kerusi Lawas disandang Henry Sum Agong dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak PRU 2008.

PBB adalah anggota Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sementara itu, Wong berkata, beliau akan bertanding di Sibu, di mana beliau akan berdepan saingan calon DAP, Oscar Ling dan calon GPS yang belum diumumkan.

Katanya, PSB akan meletakkan calon di Lubok Antu, Miri, Serian dan Sri Aman, serta mengkaji kemungkinan bertanding di dua kerusi Parlimen lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.