Zahidi sedia pertahan kerusi Padang Besar

Zahidi sedia pertahan kerusi Padang Besar

Katanya, Umno Padang Besar tidak bersetuju dengan ‘calon payung terjun’, namun terpulang kepada Jawatankuasa Umno Bahagian untuk menyerahkan senarai calon.

Penyandang Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin sedia mempertahankan kerusi itu pada PRU15.
KUALA LUMPUR:
Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin akan mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Zahidi yang juga ketua Umno Bahagian Padang Besar bagaimanapun berkata, terpulang kepada Jawatankuasa Umno Bahagian untuk menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding kepada pimpinan tertinggi Umno.

“Saya pertahan kerusi ini…tetapi, baru-baru ini ada ura-ura kata maklumkan kepada saya bahawa mereka yang dari Kuala Lumpur datang bertanding di Padang Besar…tetapi kita di Jawatankuasa Umno Bahagian menyatakan tidak setuju dengan ‘(calon) payung terjun’.

“Saya ikut saja apa Jawatankuasa Umno Bahagian putuskan sebab dalam perlembagaan kita (Umno) ikut Jawatankuasa Umno Bahagian. Kalau Jawatankuasa Umno Bahagian kata bertanding di sini, saya bertanding, kalau kata tidak setuju, kita ikut juga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Sesi Santai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.