
Ini merupakan kali pertama PBM menyertai pilihan raya.
Berikut adalah senarai calon PBM yang akan bertanding di kerusi Parlimen:
- Zuraida Kamaruddin – Ampang
- Santhara Kumar – Segamat
- Haniza Talha – Hulu Selangor
- Daroyah Alwi – Kapar
- Larry Sng – Julau
- Dayang Rusimah @ Raynie Bt Mohd Din – Labuan
- Alus Kassim – Sekijang
Kerusi DUN pula adalah:
- Bryan Yong Wu Sean – Tronoh
- Nazmahwati Walli – Bugaya
PBM memutuskan bergerak solo namun akan menyokong mana-mana kerajaan terbentuk selepas keputusan PRU15, 19 Nov ini.
Parti itu sebelum ini berdepan krisis dalaman membabitkan jawatan presiden melibatkan Zuraida dan Sng.
PBM ditubuhkan Sng, yang menjadi presidennya, manakala Zuraida dinamakan “presiden pengganti” apabila beliau menyertai parti itu.
Di tengah-tengah pertikaian itu, Sng menggantung 13 ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida serta setiausaha agung parti dan ketua penerangan.
Bagaimanapun, perkara itu diselesaikan selepas kedua-duanya bertemu dan mengadakan perbincangan.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) minggu lalu juga mengesahkan Sng presiden PBM mengikut rekod yang ada.
PBM ditubuhkan oleh bekas ahli PKR yang bersama Zuraida. Mereka keluar parti atau dipecat susulan terlibat dengan percaturan politik Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Parti itu ditubuhkan dengan mengambil alih Parti Pekerja Sarawak yang didaftarkan oleh Sng pada 2012.