
Takiyuddin Hassan berkata, isu peribadi melanda bekas wakil rakyat PAS itu sebelum ini telah selesai selepas beliau memberikan alasan bertulis dan tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadapnya.
“Apabila dia bertanding dan sebut tujuannya untuk menebus maruah, saya tak fahamlah macam mana dia nak tebus maruah kerana biasanya orang nak tebus maruah ni bawa kes ke mahkamah atau mana-mana,” katanya menurut Berita Harian.
Hari ini, Che Abdullah menjelaskan tindakannya bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bertujuan menebus maruah selepas teruk difitnah.
Sebelum ini, beliau mendakwa difitnah tanpa diberi ruang dan peluang oleh PAS untuk mempertahankan diri sehingga tidak dicalonkan di kerusi Parlimen itu.