
Ini kali kedua forumnya bernama “Kelas Demokrasi” dihentikan selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertindak sama dalam sesinya di kampus semalam.
Dalam klip pendek yang dimuat naik ke Twitter hari ini, Fahmi didengar memberitahu kira-kira 300 pelajar bahawa beliau diminta menghentikan sesi itu.
“Polis bantuan kata kita perlu bersurai,” katanya dengan sekumpulan individu “boo” pihak berkuasa atas arahan itu.
Tetapi, dalam tweet berikutnya, Fahmi berkata, sesi itu akan diteruskan di lokasi baharu di luar kampus.
Fahmi, yang pernah didakwa atas seni satirannya mengenai ahli politik, mendapat tumpuan untuk “Kelas Demokrasi”.
Menerusi forum itu, beliau akan berkongsi pengetahuannya mengenai demokrasi supaya pelajar boleh membuat keputusan berdasarkan fakta atau maklumat di peti undi.