
Dalam satu hantaran Facebook pada 7 malam, beliau menyatakan polis membebaskannya selepas disoal sejak ditahan pada 10.20 pagi tadi, susulan 284 laporan polis yang dibuat terhadapnya.
“Tak kira berapa banyak kali aku kena lapor polis, kena siasat dan kena tangkap, aku akan sentiasa pertahankan hak dan kebebasan aku untuk bersuara,” katanya.
“Rakyat tak perlu takut pada kerajaan dan orang kayangan, kerajaan dan orang kayangan yang harus takut pada rakyat,” tambahnya.
Laporan polis terhadap beliau dibuat oleh lebih daripada 20 Adun, Exco Johor iaitu Aznan Tamin dan Khairin-Nisa Ismail, serta kumpulan masyarakat sivil, persatuan belia, dan pemimpin masyarakat.
Bukit Aman mengesahkan petang tadi bahawa Fahmi sedang disiasat bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung hantaran Facebook beliau bertarikh 15 Dis.