Pengundian di DUN Tioman ditunda

Pengundian di DUN Tioman ditunda

Pengundian di DUN Tioman ditunda susulan kematian calon PN Md Yunus Ramli.

PETALING JAYA:
Proses pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di DUN Tioman ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan kematian calon Perikatan Nasional Md Yunus Ramli.

Pengarah SPR Pahang Zamree Hamli berkata, proses pengundian bagi Parlimen Rompin dan dua DUN lain di bawahnya diteruskan seperti biasa, menurut laporan New Straits Times.

Yunus, 61, meninggal dunia di Hospital Kuala Rompin, Pahang pada 3.30 pagi tadi. Ahli PAS itu dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, lapor Sinar Harian.

Beliau dijadualkan bersaing dengan empat calon lain, iaitu bekas penyandang Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan), Osman A Bakar (Pejuang), dan calon bebas, Sulaiman Bakar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.