
Dalam satu sidang media di ibu pejabat SPR, Pengerusinya Ramlan Harun berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 10 Jan dan pengundian awal pada 20 Jan.
Pilihan raya itu diadakan susulan kematian ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin pada 5 Dis, kurang seminggu selepas beliau dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Adun Lamag.
Ahli politik berusia 66 tahun itu mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti tipis hanya 153 undi dalam PRN Sabah bulan lalu.
Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal.
Pada PRU 2022, Bung mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti selesa 4,330 undi.
Minggu lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Perikatan Nasional telah memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Kinabatangan dan Lamag.