
Naim berkata beliau menghargai sokongan kepadanya untuk bertanding di kerusi diwakili ayahnya sejak PRN 2020 yang dipertahankan pada PRN ke-17, berlangsung 29 Nov lalu.
Namun menurutnya pemilihan calon mewakili Barisan Nasional (BN) adalah keputusan parti dan bukan keputusan peribadi semata-mata.
“Sejujurnya secara peribadi saya tidak berniat untuk bertanding di sini.
Lamag harus dikembalikan kepada anak jati Lamag untuk diteruskan perjuangannya,” katanya di Facebook.
Selain anak jati Lama, Naim turut mencadangkan beberapa kriteria calon yang boleh dipertimbangkan antaranya berumur 50 tahun ke bawah, berpendidikan dan setia kepada perjuangan parti seperti Bung.
Sebelum ini, timbul suara akar umbi Umno Kinabatangan yang mencadangkan Naim dicalonkan di Lamag. Bagi kerusi Parlimen Kinabatangan yang turut kosong, Adun Sukau Jafri Ariffin dikatakan menjadi pilihan utama.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Dis ini bagi membincangkan pelaksanaan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag susulan kematian Bung,
Pada PRN Sabah 29 Nov lalu beliau mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.
Pada PRU 2022, Bung turut mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan yang dipegangnya selama lima penggal dengan majoriti 4,330 undi.