
Difahamkan, kru Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut memasuki istana sebentar tadi.
Istana Negara hari ini menjadi lokasi tumpuan para petugas media yang menantikan keputusan berhubung pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, telah memberi masa kepada pemimpin dan ketua gabungan parti sehingga jam 2 petang untuk mencadangkan calon perdana menteri mereka.
Sultan Abdullah telah keluar dari istana lebih awal untuk menyambut ahli media sebelum ini, baginda berkata akan membuat keputusan tidak lama lagi tentang siapa yang akan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.
“Tolong rasional, kita perlu teruskan. Kita harus maju untuk negara tercinta,” titah Sultan Abdullah. “Biar saya buat keputusan secepat mungkin.”