
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Umno akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri, kata sumber.
“Mohamad Hasan disebut-sebut untuk jawatan itu, tapi tunggu pengumuman Anwar (Ibrahim),” katanya.
Mohamad Hasan, yang juga lebih mesra dipanggil Tok Mat, juga ialah timbalan presiden Umno.
Terdahulu, Istana Negara mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan Anwar, yang juga pengerusi PH, sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.
Beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada 5 petang nanti.