Jurukimpal didakwa bunuh warga emas

Jurukimpal didakwa bunuh warga emas

Tertuduh didakwa membunuh Wong Kim Miew, 71, pada 11.50 malam di kawasan parkir sebuah pasar raya di Batu 9 Cheras, 25 Nov lalu.

Tertuduh Chin Ngit Soon, 51, didakwa di Mahkamah Majistret kerana membunuh lelaki warga emas pada 25 Nov lalu. (Gambar Bernama)
KAJANG:
Seorang jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras, minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Ngit Soon, 51, yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Chin didakwa membunuh Wong Kim Miew, 71, pada 11.50 malam, 25 Nov lalu.

Majistret Syahrul Sazly Md Sain menetapkan 13 Jan ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala Chin tidak diwakili peguam.

Pada 26 Nov lalu, media melaporkan Chin dan isterinya berumur 45 tahun ditahan di sekitar Hospital Serdang dan Kuala Lumpur kira-kira 1.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital itu berhubung seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian badan dan paha akibat ditikam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.