
Majlis angkat sumpah senator Dewan Negara itu akan diadakan pada 8.30 pagi, kata Rais yang mengesahkan perkara itu kepada Astro Awani.
“Senarai embargo pagi esok. Majlis jam 8.30 pagi,” kata Rais.
Selain itu, Astro Awani turut melaporkan daripada sumber Parlimen bahawa pegawai Dewan Negara telah diminta untuk melakukan persediaan bagi upacara berkenaan sejak awal pagi tadi.
Namun, majlis tersebut hanya akan diadakan sesudah pengesahan sama ada terdapat senator yang dilantik sebagai Jemaah Menteri hasil pengumuman oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini.
“Sebab jangkaan kalau ada senator.. tetapi kami diminta bersiap sedia sahaja. Angkat sumpah senator dulu (jika ada) dan selepas itu baru boleh angkat sumpah sebagai Jemaah Menteri.
“Kalau ada senator diumum sebagai Jemaah Menteri, individu itu memerlukan mengangkat sumpah pagi esok. Kami terima arahan daripada pejabat Setiausaha Dewan Negara untuk bersiap sedia kerana majlis angkat sumpah ini dikendalikan oleh mereka,” kata sumber itu.
Selain itu, antara nama dikhabarkan bakal dilantik sebagai senator antaranya adalah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, bekas menteri pendidikan Maszlee Malik dan bekas menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz
Ketiga-tiga mereka tewas pada PRU lalu masing-masing di kerusi Kulim Bandar Baharu, Simpang Renggam dan Kuala Selangor.