
Sedangkan, katanya, Ahli Parlimen daripada parti yang memenangi lebih sedikit kerusi pada PRU15 dilantik menjadi menteri.
“Mengikut pandangan awal kami, (barisan Jemaah Menteri) ini tidak seimbang agihannya. Kami terima ada empat menteri DAP, tetapi bilangan itu lebih sedikit berbanding parti lain.
“Kami kecewa. Namun, kami faham ini ialah kerajaan perpaduan dan perdana menteri mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa yang beliau mahu,” kata ketua DAP Pulau Pinang itu kepada pemberita di Batu Kawan.
Bawah Pakatan Harapan (PH), DAP menang 40 kerusi, manakala PKR menang 31, Amanah lapan dan Upko dua. Muda, yang berganding dengan PH dalam pakatan pilihan raya, memenangi satu kerusi.
Menteri lain terdiri daripada enam Ahli Parlimen BN (Umno); lima daripada Gabungan Parti Sarawak (PBB, PRS dan PDP), dan seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah (Bersatu Sabah).
Mohd Na’im Mokhtar, yang memegang portfolio hal ehwal agama, bukan ahli mana-mana parti.