
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata partinya kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan Anwar itu.
Katanya, tuduhan itu tidak berasas dan beliau meminta Anwar mengemukakan bukti terhadap dakwaan tersebut.
“Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan PAS menuntut Perdana Menteri PH (Anwar) memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.
“Sekiranya gagal, Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, beberapa media melaporkan Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.
Bercakap pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri pada Isnin, Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.
Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.