
Ejen insurans Isa Mohd Ismail, pendandan rambut Mohamad Mohamed Amin dan suri rumah Mazlina Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.
Isa didakwa atas satu pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu RM51,000 dan Mohamad menghadapi dua pertuduhan kerana didakwa mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM68,500. Mazlina menghadapi satu pertuduhan membuat tuntutan palsu sebanyak RM3,600.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 9 Mac dan 29 Jun 2021.
Mahkamah membenarkan Isa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, Mohamad dibenarkan ikat jamin RM12,000 atas dua pertuduhan dan Mazlina dibenarkan ikat jamin RM5,000.
Mereka turut diperintahkan melapor diri di ibu pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga selesai perbicaraan.
Mahkamah menetapkan 14 Feb sebagai tarikh sebutan kes.
Semalam, tiga individu didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM190,700 berhubung program itu.
SPRM sebelum ini berkata pihaknya menahan 45 individu di beberapa negeri sejak tahun lalu kerana disyaki membuat tuntutan palsu dan menyalahguna dana Program Penjana Kerjaya.
Suspek terdiri daripada pemilik perniagaan, pengarah, pengurus, pemegang taruh, jurutera dan eksekutif.