Warga emas rentung terperangkap rumah terbakar

Warga emas rentung terperangkap rumah terbakar

Bomba berkata, wanita warga emas itu maut selepas terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar.

Bomba menemukan mayat seorang wanita berusia 61 tahun yang badannya terbakar hampir 90% itu di dalam sebuah bilik selepas api dipadamkan. (Gambar PDRM)
PADANG BESAR:
Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Felcra Lubuk Sireh hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata dalam kejadian lebih kurang 1.20 tengah hari itu, wanita tersebut terperangkap di dalam rumahnya.

“Setelah kebakaran berjaya dipadamkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 1.35 tengah hari, mereka menemukan mayat seorang wanita berusia 61 tahun itu di dalam sebuah bilik,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa terbakar hampir 90 peratus dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.

Katanya kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.