
Mangsa Misah Md Amin, 91, yang tinggal berseorangan ditemui terbaring di bahagian dapur pada 2 pagi.
Pemangku Ketua Polis Jasin Mohd Fadzli Othman berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada jiran mangsa, 3.54 pagi.
“Warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Hospital Jasin bagi proses bedah siasat. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat awam, polis berjaya menahan suspek warga tempatan berusia 20 tahun di kawasan berhampiran enam jam kemudian.
Katanya, suspek yang juga penganggur mempunyai tiga rekod lampau berhubung kes rompak serta samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.