
Beliau memberitahu FMT, perkara itu adalah di bawah bidang kuasa jabatan pendidikan negeri.
Fadhlina mengulas ciapan di Twitter yang mendakwa sebuah sekolah di Johor Bahru mengadakan bengkel peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mengumumkannya hanya untuk pelajar mata pelajaran agama Islam sahaja.
Pengguna Twitter @sangria200 mendakwa bengkel itu meliputi mata pelajaran seperti kimia dan matematik tambahan dan pelajar bukan Islam langsung tidak dimaklumkan mengenainya.
Pemilik akaun Twitter itu, berkata apabila ibu bapa membangkitkan perkara itu dalam kumpulan Whatsapp persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah, pengetua segera menutup perbualan, hanya membenarkan mesej daripada pentadbir dalam kumpulan dan membuat tetapan menyembunyikan mesej.
Difahamkan, PIBG telah menghantar pertanyaan kepada pengetua dan mereka sedang menunggu jawapan.
FMT telah menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan komen lanjut.