
Bagaimanapun, tertuduh, Foo Yong Xian, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir dan Hakim Norazlin Othman.
Menurut Berita Harian, Yong Xian didakwa dengan 10 pertuduhan menerima dan melupuskan wang berjumlah RM9.6juta (RM9,642,807) di hadapan Muhamad Anas.
Manakala pada prosiding di hadapan Norazlin pula, lelaki terbabit didakwa dengan 12 lagi pertuduhan memindah dan melupuskan wang berjumlah RM18.4 juta (RM18,426,100).
Kesalahan terhadap wang hasil daripada aktiviti haram itu dilakukan menerusi cek dan pemindahan dalam talian akaun milik syarikat peralatan muzik berkenaan ke dalam akaun miliknya dan beberapa akaun syarikat lain.
Dia melakukan perbuatan itu di dua cawangan bank di Bangsar dan Bandar Puteri Puchong antara Februari 2018 hingga Disember 2020.
Dakwaan dikemukakan mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum mengikut subseksyen 4(1) akta sama.
Jika tertuduh disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulfadli Mohd Nawawi mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili Peguam Tuw Min Ric.
Kedua-dua mahkamah kemudian membenarkan jaminan keseluruhan RM154,000 bersama dua penjamin dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Semua kes berkenaan dibenarkan untuk dipindahkan bagi dibicara di hadapan Norazlin pada 22 Mac ini.
Sebutan semula kes yang dibenarkan dipindahkan untuk dibicara hadapan Norazlin nanti itu ditetapkan pada 22 Mac depan.