Saya hadiahkan PN satu Perlis, kata Shahidan selepas dipecat Umno

Saya hadiahkan PN satu Perlis, kata Shahidan selepas dipecat Umno

Pada PRU15, PN tumbangkan BN dengan menyapu bersih semua tiga kerusi Parlimen, selain 14 daripada 15 kerusi DUN.

Shahidan Kassim berkata, beliau membalas jasa PN yang memberinya peluang meneruskan perjuangan politik dengan menghadiahkan Perlis untuk ditadbir. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim berterima kasih kepada Perikatan Nasional (PN) kerana sanggup menerimanya sebagai calon pada PRU15 bagi meneruskan perjuangan politik serta berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Walaupun dipecat Umno, katanya, beliau membalas jasa parti baharunya itu dengan menghadiahkan Perlis, yang sebelum ini kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN), untuk ditadbir PN.

“Saya menang baru-baru ini. Saya dipecat dengan teruknya daripada parti asal saya (Umno), tetapi syukur Alhamdulillah PN menerima saya.

“Dan saya ‘hadiah balik’ kepada mereka satu negeri,” katanya di Dewan Rakyat.

BN tumbang di Perlis pada PRU15, apabila PN menyapu bersih semua tiga kerusi Parlimen, selain 14 daripada 15 kerusi DUN.

Shahidan sebelum ini dipecat Umno susulan keputusannya bertanding atas tiket PN untuk mempertahankan Parlimen Arau pada PRU15, selepas tidak dicalonkan BN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.