Kerajaan selaras bantuan kepada Orang Asli terjejas banjir

Kerajaan selaras bantuan kepada Orang Asli terjejas banjir

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan meminta ketua pengarah Jakoa sendiri mengunjungi kawasan terjejas untuk membuat penilaian.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan setakat ini masih belum mempunyai jumlah tepat mangsa terjejas banjir dalam kalangan masyarakat Orang Asli, namun akan menyelaras bantuan. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Kerajaan akan menyelaras bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas dengan banjir, terutama di Johor dan Pahang, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, beliau akan meminta ketua pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengunjungi kawasan masyarakat yang terjejas dengan bencana untuk membuat penilaian.

“Untuk Jakoa, selain daripada bantuan diberikan oleh Jawatankuasa Bencana Pusat di peringkat negeri dan daerah, saya akan meminta ketua pengarah Jakoa sendiri turun (untuk membuat penilaian).

“Mungkin bukan hanya infrastruktur dan jalan tetapi perkakasan rumah, pembaikan rumah perlu dilakukan… saya akan koordinasikan dengan Jakoa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) peringkat negeri Melaka di sini malam tadi.

Zahid berkata, kerajaan setakat ini masih belum mempunyai jumlah tepat dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang terkesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.