
Ia selepas ketua Pemuda Bersatu berkata, bekas Ahli Parlimen Ampang yang meninggalkan parti itu pada Mei tahun lalu memohon untuk menyertai semula selepas PRU15.
Zuraida memaklumkan, apa yang dikatakan Wan Fayhsal tidak benar kerana dia hanya menyebut akan menyokong Perikatan Nasional (PN) pada PRN akan datang.
“Ini tidak benar. Saya cuma sebut akan sokong PN pada pilihan raya (negeri) akan datang.
“Saya sokong parti berbilang kaum. Budak ini baik jaga mulutnya,” katanya menurut Malaysiakini.
Zuraida berkata, beliau akan menghubungi Wan Fayhsal untuk menjelaskan perkara itu.
Terdahulu FMT melaporkan Wan Fayhsal berkata, permohonan Zuraida bagaimanapun ditolak kerana beliau tidak melepaskan jawatan menteri yang diisi atas kuota Bersatu selepas keluar parti.
“(Permohonan Zuraida) Dihantar awal tahun tak silap saya,” katanya dan menambah keputusan menolak permohonan Zuraida itu sebulat suara.