Takiyuddin, Hamzah jumpa Anwar bincang peruntukan Ahli Parlimen pembangkang

Takiyuddin, Hamzah jumpa Anwar bincang peruntukan Ahli Parlimen pembangkang

Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata tidak sepatutnya kerajaan menyulitkan proses agihan dana.

Takiyuddin Hassan dan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ketua whipnya, Takiyuddin Hassan berkata, sepatutnya peruntukan itu disalur tanpa mengenakan sebarang syarat kerana dana itu akan disalurkan kepada rakyat, bukannya untuk Ahli Parlimen.

Beliau berkata, alasan supaya pembangkang mengemukakan permohonan dilihat tidak relevan kerana peruntukan sudah ada dan ia cuma perlu disalurkan sahaja.

“Saya nampak tidak perlu kerajaan menyulitkan proses kerana Ahli Parlimen PN berdepan dengan permohonan daripada rakyat melibatkan sumbangan, pembangunan, kebajikan, dan lain-lain yang mana kita tidak dapat menyalurkan peruntukan ini kerana tidak dapat dana daripada kerajaan pusat

“Kita harapkan kerajaan prihatin dan ambil tindakan secepat mungkin kerana bulan Oktober ini sudah ada bajet baharu yang akan dibentangkan,” katanya menurut Sinar Harian.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, berkata beliau bersama Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membuat keputusan bertemu Anwar selepas kecewa dengan kenyataan perdana menteri mengatakan “masih menunggu permohonan”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.