
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata pihaknya juga akan mengambil keterangan daripada tiga atau empat lagi saksi kejadian dalam masa terdekat.
“Kita telah rujuk ke bahagian perundangan Bukit Aman bagi mendapatkan arahan lanjut dan kertas siasatan dipulangkan kembali untuk kami mendapatkan beberapa butiran lagi selain menunggu laporan perubatan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya,” katanya.
Beliau berkata pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IPK Pahang. Setakat ini, polis telah merakamkan 11 keterangan termasuk enam pelatih didakwa melakukan perbuatan itu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
Media sebelum ini melaporkan lima pelatih mendakwa dipukul pelatih senior semasa menjalani latihan di pangkalan udara tersebut.
Perbuatan itu terbongkar selepas keluarga kepada seorang daripada mangsa membuat laporan polis selain turut menularkan kejadian itu menerusi media sosial.