
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata kegiatan ala sindiket itu dikesan berlaku di hampir setiap daerah dan sudah lama berlarutan menyebabkan kerajaan negeri mahupun pemilik tanah kerugian, sedangkan golongan terbabit meraih untung berganda.
Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan tindakan akan diambil terhadap pihak terbabit berdasarkan undang-undang sedia ada.
“Kita nak pesan kalau ada sindiket mohon tanah, dia ada tanah banyak dah (tetapi), dia mohon guna nama orang lain.
“Kita boleh kenal pasti golongan ini sebab mereka berurusan banyak kali di pejabat tanah dengan memohon tanah atas nama orang lain. Kalau mereka datang lagi mohon (tanah), kita hambat,” katanya menurut Berita Harian.
Sanusi berkata, perbuatan seperti itu memberi kesan kepada golongan kurang mampu memiliki tanah sendiri.
“Mereka sebenarnya sudah miliki banyak tanah hasil kegiatan seperti itu. Tak bolehlah macam itu kerana tanah semakin sikit dan orang makin bertambah.
“Kalau seseorang itu miliki tanah kerajaan dengan banyak, untunglah dia sebab tanah kerajaan premiumnya murah berbanding tanah jual beli,” katanya.