SPRM tahan ketua polis daerah terima rasuah RM1 juta

SPRM tahan ketua polis daerah terima rasuah RM1 juta

Pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut.

Ketua polis daerah di Pahang itu disyaki menerima rasuah berjumlah anggaran lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ketua polis daerah di Pahang kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Sumber SPRM berkata, pegawai kanan polis berusia 53 tahun ditahan petang tadi kerana disyaki menerima rasuah berjumlah anggaran lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.

“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa,” kata sumber itu.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.