Ibu pelajar 11A SPM meninggal dunia

Ibu pelajar 11A SPM meninggal dunia

Sebelum ini, tular kisah Muhammad Syahril Saidi yang tidak dapat hadir menerima keputusan SPM pada Khamis lalu kerana perlu menjaga ibunya yang terlantar.

Beberapa guru melawat Muhammad Syahril Saidi untuk menyampaikan keputusan SPM baru-baru ini. (Gambar Facebook)
BACHOK:
Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar, semalam.

Pengetua Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman Beris Lalang, Noor Ruziana Ismail, ketika mengesahkan perkara itu berkata Allahyarhamah Faridah Ismail, 54, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 8.45 malam tadi dan jenazah disembahyangkan dekat Kompleks Masjid al-Qudus, Kandis.

“Saya terima panggilan mengenai pemergian arwah lebih kurang pukul 8.45 malam tadi dan saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Syahril dan Insya-Allah selepas ini kami akan sampaikan sumbangan atau bantuan yang diperlukan beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sebelum ini, tular kisah Syahril selepas pelajar itu tidak dapat hadir untuk menerima keputusan SPM pada Khamis lalu kerana perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019 dan pihak sekolah hadir ke rumahnya untuk menyerahkan keputusan cemerlang yang diperoleh beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.