Pemimpin IS Asia Tenggara terbunuh

Pemimpin IS Asia Tenggara terbunuh

Abu Zacharia terbunuh ketika bertempur dengan pasukan keselamatan Filipina yang mahu menangkapnya.

Beberapa gambar Abu Zacharia yang mengetuai kumpulan pengganas ketika mengepung Bandar Marawi, menyebabkan bandar itu musnah dan ratusan orang maut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pemimpin kumpulan IS di Asia Tenggara terbunuh selepas bertempur dengan tentera yang cuba menangkapnya di selatan Filipina hari ini.

Portal berita Filipina ABS-CBN News melaporkan anggota polis dan tentera menghantar waran tangkap terhadap Abu Zacharia di Marawi City tetapi lelaki itu melepaskan tembakan mortar serta dua bom tangan ke arah pasukan keselamatan itu.

Pertempuran berlaku selama 10 minit mengorbankan Zacharia dan mencederakan seorang askar, kata Perintah Tentera Mindanao (Wesmincom) dalam satu kenyataan.

Pembantu Zacharia juga terbunuh dalam serbuan susulan di bandar yang sama, lapor Xinhua.

Zacharia, atau nama sebenarnya Faharudin Hadji Satar, mengambil alih tampuk pemerintahan IS di Asia Tenggara pada akhir 2021.

Pada Mei 2017, Zacharia mengetuai kumpulan pengganas mengepung Bandar Marawi, yang membawa kepada pertempuran bersenjata selama lima bulan, menyebabkan bandar itu musnah dan membunuh 168 tentera, anggota polis, 47 orang awam dan 1,000 pengganas.

Pengepungan itu juga menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan bangunan di bandar itu musnah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.