
Dalam kenyataan, SPR berkata mesyuarat akan diadakan di Putrajaya itu dipengerusikan Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.
Mesyuarat itu turut menyentuh tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
“Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat khas tersebut,” menurut kenyataan itu.
Pada PRU15, enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN.
Enam negeri itu masing-masing membubarkan DUN iaitu Kelantan pada 22 Jun, Selangor (23 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (28 Jun), Terengganu 30 Jun dan Negeri Sembilan (1 Julai).