Bapa didakwa rogol 2 anak kandung

Bapa didakwa rogol 2 anak kandung

Tertuduh yang berusia 53 tahun mengaku tak bersalah atas tuduhan merogol dua anaknya itu sejak enam tahun lalu.

Pekerja pembersihan ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan merogol dua perempuannya yang kini berusia 15 dan 12. (Gambar Bernama)
MUAR:
Seorang pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 19 pertuduhan merogol dan 11 pertuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-19, tertuduh yang berusia 53 tahun itu didakwa merogol dua anak perempuannya yang kini berusia 15 dan 12, di dua buah rumah di Bakri dan Jalan Jeram Tepi, Muar di sini, sejak 2018 dan kali terakhir pada 9 Julai lepas.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu semasa kedua-dua anaknya berusia 11 tahun.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke-21 hingga ke-30 pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kedua-dua mangsa di lokasi dan masa yang sama dan bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi penyediaan fakta kes serta tarikh jatuh hukum.

Hakim Abu Bakar Manat kemudiannya menetapkan 8 Ogos depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.