
Sanusi yang juga calon DUN Jeneri berkata pucuk pimpinan PN akan menentukan calon menteri besar Kedah jika gabungan itu menang PRN 12 Ogos depan.
“Tak tau lagi (Sanusi kembali jadi MB), parti akan kemuka cadangan pada tuanku (Sultan Kedah), terpulang kepada tuanku,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Sik.
Pada PRN, Sanusi akan berdepan dengan Ketua Umno Sik Muhammad Khizri Abu Kassim di DUN Jeneri.
Sementara itu, Sanusi berkata beliau akan menjawab segala tuduhan dilemparkan pelbagai pihak ke atasnya yang didakwanya sengaja menimbulkan kontroversi.
“Kontroversi itu orang kata sahaja? Seminggu dua ini akan ada lagi serangan, saya akan jawab apa yang saya boleh…kalau tak boleh jawab saya serah kepada Allah.
“Kalau ada asas kita jawab,” katanya.
Beliau juga yakin PN akan menang dua DUN bawah Parlimen Sik iaitu Jeneri dan Belantik.
“Saya harap penyokong yang telah memberi undi kepada PN dalam PRU15 peringkat parlimen akan kekal.
“Kalau ikut undi parlimen dulu Jeneri PN menang 10,000 majoriti…saya harap angka itu kekal,” katanya.