
Gabungan perpaduan itu berjanji akan memperuntukkan RM1 bilion untuk menambah baik bekalan air di seluruh negeri dan komputer riba percuma kepada pelajar universiti awam B40.
Ia turut menjanjikan bayaran “one-off” RM500 kepada pasangan pengantin baharu, “yuran kesihatan perubatan” untuk warga asing yang akan digunakan untuk program pembangunan sosial.
Manifesto itu dilancarkan bekas exco Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang mengetuai jawatankuasa manifesto negeri malam tadi.
Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang turut menghadiri majlis pelancaran itu berkata, ia selaras usaha kerajaan negeri sejak 2008.
“Kita perlu mempertahankan Pulau Pinang supaya visi kita dipelihara dan mencapai kejayaan lebih besar.”
Janji lain dalam manifesto PH-BN Pulau Pinang termasuk:
- Sokongan untuk petani dan nelayan;
- Bantuan tunai “one-off” RM1,000 bagi jemaah haji B40
- Membina 220,000 unit rumah mampu milik, dengan 100,000 unit berharga RM100,000 hingga RM150,000 bagi pembeli B40
- RM10 juta untuk rumah ibadat bukan Islam
- RM100 juta bagi projek tebatan banjir
- Tubuh akademi e-sukan di setiap daerah serta gimnasium dan pusat belia di setiap kawasan pilihan raya
- RM60 juta bagi sekolah bantuan kerajaan
- RM100 juta untuk membangunkan “Meditech City” dan projek GBS By The Sea
- Membina jalan berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang, persimpangan berlian mencapah di Persimpangan Juru dan jalan pintasan Sungai Bakap, serta menyiapkan pembinaan jalan pintasan Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.